Duci Normandy
Duci Normandy

Duci Normandy

Duci Normandie (Bahasa Inggeris: Duchy of Normandy, Bahasa Perancis: Duché de Normandie) muncul pada tahun 911 akibat daripada Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte di antara Raja Charles III dari Francia Barat dan Rollo, pemimpin puak Viking. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang Norman.Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh raja-raja England, kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan Robert Curthose (1087–1106), anak lelaki bongsu kepada William si Penakluk tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan Geoffrey Plantagenet (1144–1150), suami kepada Maharani Matilda dan ayah kepada Henry II.Pada tahun 1202, Philip II dari Perancis mengistiharkan Normandy dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga Perjanjian Paris pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali Kepulauan Channel; iaitu Bailiwicks di Guernsey dan Jersey, dan jajahannya (termasuk Sark).Dalam kerajaan Perancis, duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah appanage untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah Louis-Charles, duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.

Duci Normandy

Status Negeri naungan kepada kerajaan beraja Perancis
• Penaklukan Norman ke atas England 1066
• 1035–1087 William si Penakluk
• Gelaran ducal nominal Perancis dihapuskan 1790
Agama Agama Norse
Katolik Rom
Bahasa lazim Latin
Norman Tua
• 1199–1216 (1204) John Lackland (terakhir)
Ibu negara Rouen
• Normandy ditakluk oleh Mahkota Perancis 1204
Duke Normandy  
Era sejarah Zaman Pertengahan
• Cincin Ducal dimusnahkan 1469
Hari ini sebahagian daripada  Perancis
 Guernsey
 Jersey
• Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte 911
Kerajaan Monarki feudal
• 1144–1150 Geoffrey Plantagenet
• Normandy ditakluk oleh Anjou 1144
Mata wang Denier (penny Rouen)
• Perjanjian Paris 1259
• 911–927 Rollo (pertama)